Tuesday, 10 May 2011

Tips for macaron

tips 1#

1) serbuk badam perlulah kering sblm dicampurkan dengan gula ising (Bahan A)
2) Kedua2 bahan ini perlu dimasukkan ke dalam food processor untuk dikisar selama 15 minit
3) Setelah dikisar, perlulah ditapis/di ayak


tips 2#

1) Putih telor - perlu disejukkan dlm peti ais
    - jika putih telor memang ada dlm peti ais, keluarkan selama sejam baru digunakan
    - jika putih telor baru dipecahkan semasa nak buat macaron ni.. kena sejukkan dlm peti ais selama sejam
2) Pukul telur sampai berbuih , barulah masukkan gula caster (high speed)
3) Pukul sehingga warna putih (hingga adunan tidak jatuh jika diterbalikkan)

tips 3#
1) keluarkan telur yg dipukul tadi ke dalam bekas stainless steel secara perlahan2 ya
2) tambah adunan A ( serbuk badam + gula ising) ke dalam telor secara perlahan2 (4 kali )menggunakan spatula, kaup kan secara lembut  gitu...

adunan kemudian bolehlah diletakkan pewarna & perisa yg disukai

setelah adunan siap, masukkan dlm piping bag, dan paipkan atas kertas pembakar kek (yg warna putih kelabu), slps anda membuat templet sebesar duit syiling atas kertas tersebut

Biarkan adunan selama 1/2 jam (rehatkan) , kemudian rasa dengan jari- sekiranya tidak melekat di jari bolehlah bakar pada suhu 150 darjah Celsius (selama 15 minit-api atas bawah (@mengikut oven sendiri)


Setelah masak, keluarkan  & biarkan sejuk..barulah diletakkan filling ditengah2, dan lekatkan 2biji macaron bersama2... selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment